Saturday 1 June 2013

::Entry Pertamaku::


Namaku Aiman Faruqi bin Zulkepli.
Berusia 14 tahun. Berasal dari Selangor dan kini menetap di Kuantan, Pahang kerana ayahku bertugas di negeri ini sejak Januari 2012. Merupakan anak sulung dari dua adik-beradik.

Aku merupakan pelajar tingkatan dua di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).





Pada hari ini, 01hb. Jun, 2013 blog ini dihasilkan dan diterbitkan.

Secara rasminya, penghasilan blog ini merupakan suatu tugasan yang diberikan oleh guruku di MTNP iaitu Dr. Nik Rahim Nik Wajis. Beliau merupakan guru bagi matapelajaran Bahasa Inggeris Komunikasi (BIK).

Tujuan tugasan ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar terhadap penggunaan media baru (internet) sebagai salah satu alatan pembelajaran. Selain itu, tugasan ini juga bertujuan mendidik para pelajar agar menggunakan laman sosial seperti blog untuk tujuan yang baik dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Sehubungan itu, aku dan teman-teman pelajar yang lain di kehendaki menulis catatan-catatan (entry) yang bermanfaat atau bersifat ilmiah agar dapat dimanfaatkan pula oleh para pembaca.

Salah satu entry yang wajib kami hasilkan sebagai tugasan adalah mengenai kaedah-kaedah bagi meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Entry tersebut mestilah ditulis dalam Bahasa Inggeris.

InsyaaAllah aku akan berusaha menyiapkannya.





No comments:

Post a Comment